Hafiz Firdaus Abdullah
Hukuman Hudud adalah salah satu dasar penting dalam syari`at Islam. Selagi mana mampu, ia wajib dilaksanakan dalam negara-negara Islam dan umat Islam perlu redha dengan perlaksanaannya.
Saya yakin kenyataan dalam perenggan pertama di atas diketahui oleh umat Islam. Namun apa, mengapa dan bagaimana hudud tersebut, ia masih samar-samar. Jika ia samar-samar kepada umat Islam, maka bayangkanlah pula pandangan kaum bukan Islam terhadapnya.
Melalui tulisan ini, saya akan cuba, secara ringkas dan sederhana, memberi pengenalan kepada hukuman hudud. Tumpuan ditujukan kepada ciri-ciri hukuman hudud, agar kita umat Islam dapat lebih mengenali dan memahaminya. Pada waktu yang sama saya akan menyelit penjelasan kepada beberapa aspek hukuman hudud yang memusykilkan atau menimbulkan salah faham.
Dalam mengkaji dan menulis artikel ini, saya merujuk kepada al-Qur'an dan kitab-kitab hadis dalam subjek hudud. Kemudian saya melanjutkannya kepada kitab-kitab fiqh, mahu pun buku-buku khas yang membicara subjek hudud. Akan tetapi jika berlaku perselisihan antara sumber-sumber di atas, al-Qur'an dan hadis saya unggulkan di atas selainnya.
Apakah yang dimaksudkan dengan Hudud?
Mudahnya, hudud ialah menjatuhkan hukuman yang telah ditetapkan bentuk dan kadarnya oleh Allah dan Rasul-Nya ke atas seseorang yang melakukan sesuatu jenayah, dimana jenis jenayah dan cara pembuktian jenazah telah ditetapkan juga oleh Allah dan Rasul-Nya. Jenis jenayah yang masuk dalam kategori hudud ialah murtad, zina, seks sejenis (gay dan lesbian) dan mencuri.
Dalam fiqh Islam, hukuman kepada jenayah dibahagikan kepada tiga kategori:
1. Hudud: sepertimana yang dijelaskan di atas.
2. Qishash, iaitu balasan setimpal ke atas sesuatu jenayah yang dilakukan. Qishash lazimnya merujuk kepada jiwa dan anggota badan. Jika seseorang itu mencederakan tangan seseorang, maka hukuman qishash ialah mencederakan kembali tangan orang yang mencederakan. Namun yang dicederai memiliki pilihan untuk mengenakan denda atau memaafkan orang yang mencederakannya.
3. Takzir, iaitu hukuman yang tidak ditetapkan bentuk dan kadarnya oleh Allah dan Rasul-Nya. Kadangkala bentuk dan kadarnya ada dinyatakan oleh Allah dan Rasulnya, namun ia tidaklah bersifat mengikat. Perubahan boleh dilakukan oleh hakim berdasarkan faktor-faktor yang melatarbelakangi jenayah dan penjenayah berdasarkan kes demi kes.
Takzir juga diterapkan ke atas jenis jenayah yang sebelum ini tidak dinyatakan oleh Allah dan Rasul-Nya atau terhadap jenayah yang dibuktikan dengan cara yang berbeza. Sebagai contoh, jika kes rogol dibuktikan dengan ujian DNA atau kes menggelap wang syarikat dibuktikan melalui cara audit balance sheet, maka jenayah ini dan hukumannya masuk dalam kategori takzir. Walaubagaimana pun bab ini masih terdapat perbincangan di kalangan ilmuan Islam.
penawar: Takut lah pada Allah... kita tak punya apa2 selain DIA..
Thursday, February 08, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment